Assalamualaikum wbt...
Cita-Cita & Cinta
Berbicara tentang cinta tiada kesudahannya. dalam cinta ada cita-cita dan dalam cita-cita ada cinta. kadangkala cinta terangkum dalam kebesaran cita-cita. tetapi, ada kalanya cita-cita tersulam dalam keindahan cinta. tetapi buat pelajar adalah sesuai 'Dahulukan cita-cita...Justeru ia lebih konkrit, realistik dan diberi prioriti berdasarkan realiti dan diri semasa anda.
Anda mungkin kehilangan cinta dalam memburu cita-cita, tetapi usah risau. Mungkin, apa yang hilang itu hakikatnya bukan CINTA tetapi cinta. setelah cita-cita anda tercapai...saya yakin cinta yang sebaik-baiknya dan semurni-murninya akan berada di hadapan anda.
Jadikan cita-citamu sebagai cinta
0 comments:
Post a Comment