“Coretan ini adalah untuk tatapan semua yang melayari laman ini. Khas daripada seorang insan yang sedang mendalami ilmu pendidikan bimbingan dan kaunseling. Moga setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian dapat dikongsi oleh semua dan diri ini menerimanya secara terbuka terutama oleh insan yang bergelar atau bakal menjadi seorang guru ataupun kaunselor, bersama meluahkan, meneroka dan menjelajahi dunia pendidikan di samping membimbing dan membantu anak bangsa dalam memartabatkan maruah dan semangat diri…demi menunaikan satu amanah, satu janji, dan satu tanggungjawab yang akan dituntut kemudian hari”

Tetamu ke

Friday, February 20, 2009

Program Pengurusan Kaunseling..."Gilap Mutiara Biar Jadi Permata



salam ingatan bagi yang mengikuti perkembanganku... sudah lama rasanya tangan ini tidak memetik keyboard untuk menulis isi hati..emmm..nk buat macam mane, masa tdak mengizinkan. kadang2 jika d fikirkan dengan masa ni..susah kita nak tafsir. time kita sibuk 'cepatnya masa berlalu' tapi bila kita lapang 'aduh!!!!...lamanya masa brlalu..macam2 kita nih.. serba tidak kena. namun, apa boleh buat, kita tidak ada kuasa untuk menentukan semuanya kerna kita hanya mampu merancang...hohoohoh bukan itu yang ingin ku kongsikan sebenarnya...hahahha...saje pembuka bicara... sebenarnya diriku sibuk dengan pelbagai program antaranya yang menarik????? eemmm buat kem motivasi kat budak2 teknik...satu prgram yg di anggap menarik coz boleh menyelami hati n tingkah laku student2 teknik..selain tu, ni adlh pgram pertamaku di sekolah teknik coz sebelum ni selalu buat d sekolah biasa...memang mereka boleh dikatakan agak kretif rupanya... terutama masa kami buat webgame n malam persembahan...wpun diberi masa yg agak singkat..tapi mereka boleh melakukannya dengan begitu menarik sekali...wahhh!!!! hebat..

memang lah, sebelum ni selalu dgr, sekolah teknik ni teruk, banyak masalah disiplin. tapi bila ku menyelaminya sendiri...membuatkan hatiku terhibur...memang lah setiap manusia ada kekurangan n kelebihan masing...tapi hakikatnya...'tak kenal maka tidak tahu' walaupun pada luaran nampak buruk tapi di dalam bagai ada suatu mutiara yang harus digilap agar ianya menjadi permata yang bersinar...cikgu berdoa n berharap anak2 sume menjadi manusia yg luhur n berjaya dengan kehidupan yang diterokai...jgn menjadi manusia yg hipokrit. so, serlahkan kekuatan yg ada...the best u all>>>:)

Monday, February 2, 2009

Lihat Jari Kita

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

wauuu....hebat kan???kdang2 bnda mcm ni pon kita tak terfikir