“Coretan ini adalah untuk tatapan semua yang melayari laman ini. Khas daripada seorang insan yang sedang mendalami ilmu pendidikan bimbingan dan kaunseling. Moga setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian dapat dikongsi oleh semua dan diri ini menerimanya secara terbuka terutama oleh insan yang bergelar atau bakal menjadi seorang guru ataupun kaunselor, bersama meluahkan, meneroka dan menjelajahi dunia pendidikan di samping membimbing dan membantu anak bangsa dalam memartabatkan maruah dan semangat diri…demi menunaikan satu amanah, satu janji, dan satu tanggungjawab yang akan dituntut kemudian hari”

Tetamu ke

Friday, January 23, 2009

7 Tanda Anda akan Gagal di Universiti


‘ tidak bawa payung, salahkan hujan’. Ini adalah ditujukan kepada pelajar yang suka menuding jari untuk menyalahkan orang lain di atas kesilapan dan kelemahan diri sendiri.
cuba kita lihat ‘anda adalah orang yang sangat malang jika…

1. Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana?
berada di tengah jalan anda.
2. Anda terlewat bangun pagi dan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen
kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam.
3. Anda dirotan kerana merokok di sekolah lalu anda menyalahkan pekedai runcit di tempat
anda kerana menjual rokok tersebut kepada anda….
4. Anda gagal dalam peperiksaan Matematik lalu anda mengamuk pada kawan anda kerana
tidak membenarkan anda meniru beliau.
5. Anda menconteng dinding-dinding atau tempat awam kerana anda rasa tidak ada orang mahu
mendengar apa yang anda hendak katakan.
6. Anda tidak mahu belajar subjek Sejarah dengan bersungguh-sungguh kerana anda rasa cikgu
Sejarah anda suka pilih kasih.
7. Anda kalah dalam perlawanan badminton lalu anda salahkan syarikat pembuat raket
badminton anda kerana produk tidak berkualiti.

Mungkin situasi yang saya bayangkan kelihatan agak ekstrem dan keterlaluan. Anda tidak mungkin mempunyai ciri-ciri begitu bukan? Namun pernahkah anda ada rasa anda dapat gred yang tidak baik kerana pensyarah anda membosankan, tidak pandai menarik perhatian dan tidak pandai menerangkan sesuatu dengan jelas? Pernahkah anda merungut atau terfikir, “pensyarah aku ni tak pernah belajar teknik presentation ke?” Akibat rungutan ini, anda mula tidak berminat apa yang pensyarah anda ajarkan. Apa kata kita lihat situasi sebenar di universiti pula.

> Anda pilih untuk duduk kerusi paling belakang dewan kuliah dan kemudian merungut suara
pensyarah terlalu perlahan.

>Anda tidak membaca bahan bacaan asas untuk kuliah dan kemudian merungut pensyarah
mengajar terlalu laju.

> Anda lewat 15 minit ke kuliah dan merungut apa yang diajarkan terlalu sukar difahami.

> Anda tidak pernah berjumpa pensyarah untuk bertanya apa yang diharapkan dalam
assignment yang diberi. Apabila mendapat keputusan yang tidak memuaskan, anda kata
pensyarah ini kedekut markah dan pilih kasih.

> Anda tidak membuat persiapan rapi untuk presentation lalu gugup dan terlalu gementar
semasa sesi presentation. Anda salahkan pensyarah kerana mewajibkan presentation.

> Apa kata hari ini anda fikirkan sejenak semua rungutan dan keluhan yang pernah diluahkan
atau terlintas di hati anda. Fikirkan juga jika ini adalah tanda bahawa anda akan gagal di
Universiti.

MENCARI RAHSIA DI SEBALIK PERCINTAAN...

Apakah perasaan anda apabila orang lain mempunyai pasangan atau di istilahkan sebagai ‘couple’. adakah anda cemburu, rendah diri, rasa tidak cantik atau tersisih…kenapa harus begitu??? Adakah anda ingat orang yang bercouple akan kekal hingga ke jinjang pelamin atau bahagia dengan cara mereka ??? Atau anda juga perlu berada dalam pencarian untuk mendapatkan apa yang kawan anda dapat sekadar untuk menutup malu atau rasa rendah diri???...namun, bukan itu yang ingin saya perkatakan tetapi berkaitan mereka yang dilamun cinta… sebenarnya susah kita nk bercakap tentang hati dan perasaan sebab kadang kala saya selalu berfikir “apa la yang mereka borakkan sehingga berjam2 lamanya ditelefon” atau bermesej setiap hari sampai perlu dan sanggup menghabiskan wang untuk to’up sehingga mencecah ratusan ringgit seminggu??? Kadang2 tu setiap apa yang dilakukan oleh si dia perlu di report lau x bergaduh nanti..de la yang bermasam muka. Pelik kan…tapi itulah panahan cinta. Saya suka melihat gelagat orang bercouple.


Memang pelik sifat dan perangai mereka terutama yang baru mendapat pasangan..aduhhh…boleh jadi gila bayang. Yang paling lucu bila dengar siap dengan panggilan manja spt hubby, mami, ……dan lagi2…yang mengelikan hati. Eemmm belum kawin dah de panggilan istimewa. Tapi nak buat macam mana orang tengah bahagia…lau de jodoh ok la..tapi yang kesiannya bila putus di tengah jalan…aduhhh..satu kes lagi. De yg menangis, kalau boleh nk bagi tahu semua orang yang dia telah putus cinta..yang tu ok lagi..tapi mcm mana pula yang sampai nk bunuh diri. Ishhhh2 mcm2 manusia nih…itulah keunikannya.
xbuke topic cinta 3 segi lagi…xcukup 1 psang 2, xckup 2 psang lagi 3 ke.4 ke…baru orang kata macho kan..xpon ramai peminat. Kes ni xtahu lah saya, tanye empunya badan sekadar suka2 ke atau nk sakitkan hati org lain atau ambil kesempatan. Hati2 sikit dgn orang mcm ni, takut silap hari bulan bergaduh sesame kawan sebab sama pakwe atau makwe. Susah jgk kan bercinta dengan orang dekat, tapi mcm mane pula lau berjauhan??? Dugaan juga kan. Nk kena setia lah, kepercayaan lah…mcm2 lah…tapi itulah realitinya. Manusia akan cuba untuk mengisi kekosongan dengan mencari orang yang boleh berkongsi ceritanya. Tapi apa beza kawan dengan sume tu…kawan xleh nk kongsi cerita ke??? Tapi bile bergaduh ngan psangan kawan jgk yg dicari tuk cerita masalahnya.pelik lagi??? Tapi ingat jgn kerana couple hubungan dgn kawan renggan atau putus mcm tu. Saya pun tak tahu apa bezanya mempunyai kawan dengan mempunyai couple???
kita akan sambung untuk hari berikutnya…..2.49 pagi…sabtu 24/01/09


Assalamualaikum...dah lama tak mengeluarkan idea tuk blog ni..emmm teringin plak nk smbung topik ini...rahsia disebalik percintaan. bagi mereka yg sudah mempunyai pasangan (belum berkahwin) bagaimana hubungan anda sekarang, masih bertahan, masam2 manis, bergaduh atau sudah..p&^%@...xpe mungkin kita belum jumpa jodoh kita yg sebenarnya. tapi walau apa pun yg berlaku fizikal n mental kita perlu stabil selalu, macam mana? haaa...kalau bercinta tu, jgn lah menaruh kepercyaan 100% pd pasangan, so bila dh putus xde lah kita terasa sgt. anggap lah perkara ni normal coz bkn anda shaja yg mgalaminya bahkan org lain lbh drpd itu.

Bukan itu tujuan saya yg sebenarnya. tu sekadar nk bertanya khabar. Jadi, perkara yg ingin saya kongsi hari ini adalah org yg 'putus cari yang lain' emmm...saya baru je dpt idea pasal perkara ini. melalui permerhatian laa. sekarang ini ramai kawan2 yg berada disekeliling saya yg dah ada pengganti baru setelah putus cinta. bagus lah tu dah ada pengganti. maksudnya anda boleh kawal lagi prsaan anda dgn tdk melakukan perkara negatif sendiri spt murung, fobia, bad mood, and whtever lah. senangnya cari pengganti, kesian pd org yg dah lama mencari tp xdpt2..xpe usaha lagi ye tapi biarlah betul2 kita dh bersdia utk berkahwin dgnnya. :)so kalau dah jumpa tu hargailah jgn org kata sekadar nk main2, tester, atau nk balas dendam pd yg sebelumnya. tapi, yg masalahnya saya kesian jenis org yg mainkan persaan org. putuskan hubungan sebab ada pengganti atau org yg lebih baik bg dirinya pdhal berjanji mcm2 dgn psgan sebelumnya. ish3 minta2 djauhkan. takut akan berbalas balik pd diri kita, kalau x anak kita.ingat setiap perbuatan anda ada balasannya, tidak sekrg myb di akhirat sana. saya rasa setakat ini dulu lah coretan saya..nk study tuk exam plak...:)nanti cuti ni blh lagi mengeluarkan idea tuk meyambungan cerita. 19/04/2009...9.09 malam..

Thursday, January 22, 2009

Dunia Remaja

Semendung awan,
Rintikan-rintikan hujan berjatuhan,
Hatiku mendayu-dayu,Fikiranku bercelaru,
Mengapa hingga detik ini diri ku masih di sini?
Masih bersama-sama mereka yang berhempas-pulas dengan pelajaran.
Tetapi aku?
Masih berkhayal di alam fantasi,
Masih gagal mencapai gugusan bintang di awangan,
Masih melayan nafsu yang bukan-bukan,
Leka dengan cinta di alam remaja,
Leka dengan kiriman surat-surat bunganya.
Membaca,
Tetapi fikiranku jauh melayang.
Melayang tentang si dia.
Aku masih mampu tersenyum,
walau rekodku merah-merah belaka.
Masih gembira hatiku walau dimarahi guruku.
Melayang fikiranku hanya pada si dia,
Berbunga-bunga hatiku,
Kerana ada si dia menunggu “sms” ku.
Dia meracuni fikiranku,
Hingga aku tidak mampu mencapai tahap kewarasan akalku,
Mengapa aku tidak boleh berubah?
Seperti ada tarikan magnet utara dan selatan.
Yang tidak mampu memisahkan ku.

Aku terkedu sendirian.
Hanya waktu mampu mengubahku.

Nafas yang Terakhir



Apa yang diingini oleh setiap insan tisak sama seperti mana yang orang lain inginkan, but sometime we can got what we want. Oleh itu, bersyukur dan hargai
lah apa yang ada di depan mata coz jika ia pergi atau hilang dari pandangan…tidak mungkin atau mustahil untuk berpatah balik atau kembali semula untuk kali kedua. Catatan ini ditujukan khas untuk mereka yang masih mempunyai insan yang di sayangi yang mampu memberi kebahagiaan dan pengharapan yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Hal ini kerana, kadang-kadang kita tidak sedar insan tersebut sentiasa berdoa dan memberi sepenuh kasih sayang kepada kita walaupun ia tidak mempamernya. Apatah lagi, untuk kita bersalam, inikan pula mengucupnya, walaupun anda anggap itu tidak mustahil tapi itulah hakikatnya.

Tahukah anda sebenarnya setiap kebaikan dan kejayaan yang anda lakukan dan perolehi, merupakan hadiah yang terlalu istimewa untuknya walaupun kadang kala kita mengabaikan kewujudannya berbanding insan yang satu lagi (ibu) sehingga boleh menimbulkan perasaan cemburu dihatinya…tapi percayalah sesungguhnya doa seorang ayahlah yang lebih dimakbulkan apabila ia mendoakan kejayaan anak-anaknya. Oleh itu, hargailah jasa dan pengorbanannya yang tidak ternilai sebelum ia menghembuskan Nafas yang Terakhir…pada waktu itu tiada gunanya lagi penyesalan kerana hanya doa yang mampu kita utuskan agar ia berada dalam kalangan orang-orang yang beriman.


Wednesday, January 21, 2009

Bisikan Malam

Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan
Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta
Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu
Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu
Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu
Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan