“Coretan ini adalah untuk tatapan semua yang melayari laman ini. Khas daripada seorang insan yang sedang mendalami ilmu pendidikan bimbingan dan kaunseling. Moga setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian dapat dikongsi oleh semua dan diri ini menerimanya secara terbuka terutama oleh insan yang bergelar atau bakal menjadi seorang guru ataupun kaunselor, bersama meluahkan, meneroka dan menjelajahi dunia pendidikan di samping membimbing dan membantu anak bangsa dalam memartabatkan maruah dan semangat diri…demi menunaikan satu amanah, satu janji, dan satu tanggungjawab yang akan dituntut kemudian hari”

Tetamu ke

Friday, May 8, 2009

HARI KELUARGA KASIH

Assalamualaikum wbt.

Masa sering mengejar kita. Tetapi orang kata masa belajar inilah kita mempunyai banyak masa untuk bersama kawan2 terutamanya sebab banyak kenangan dan memori yang tercipta antara suka dan duka, pahit dan manis, masam dan masin sebab bila dah kejar ke dah berumah tangga ke. lagi banyak masa yang diperlukan untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab yang tidak menentu bukan sahaja untuk orang lain bahkan untuk diri sendiri. Jadi masa belajar inilah kita perlu manfaatkan masa yang ada untuk bersama kawan2. penulisan kali ini saya just nak cerita perkara yang berlaku sepanjang semester 6 ini. Antara yang menarik hati saya ialah HARI KELUARGA ini hah yang dianjurkan oleh persatuan bimbingan dan kaunseling dengan namanya (KASIH). hari keluarga akan disambut setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara pelajar2 bimbingan dan kaunseling. siapa lagi cikgu2 kaunselor kita lah. haaa. macam mana nak jadi kaunselor kalau tak nk bergaul dgn orang. jadi, saya tabik hormat kepada semua kawan2 yang sudi menonjolkan diri untuk join dan turut memberi sokongan kpd pensyarah n kawan2 yang melibatkan diri dalam pelbagai permainan antaranya perlawanan futsal, netball, badminton dan sukaneka. haaa..rugi lah sapa yang tak masuk sebab dapat hadiah free (bagi yang menang la kan) xde kna bayar ape2 pun tuk pendftran or tuk makanan. jadi, apa lagi yang tak cukup semua ada, kita cuma perlu pilih je iaitu sebagai pemain, penonton, penyokong atau pemerhati..:) saya risau sebab saya pun join pertandingan yang dianjurkan antaranya perlawanan netball dan badminton je. boleh tahan lah pasukan lawannya yang terdiri daripada junior dan senior. memang hebat2 tak sangka plak bakal2 kaunselor kita mempunyai potensi yang cukup tinggi dalam bidang kokurikulum. senang la nanti kalau ke sekolah sebab boleh jadi kaunselor sebab boleh..insyaALLah.

Ini dia team2 netball semester 6. yg cukup mantain n mampu tersenyum walaupun panas...dgn membawa 2 team utk perlawanan netball

Inilah team saya..hahaha. cukup2 je 7. tak pe tak ckup yang penting enjoy. ada tinggi dan rendahnya dan masing2 memainkan peranan mereka.


Eeeyaaa...lompat jgn tak lompat, sikit lagi nak masuk...oooo tidak masing2 memberi perhatian.



haa. yang ni plk team badminton perlawanan beregu dan single. dua2 masuk. tapi kalah.hahahhahah.


Inilah muka2 kaunselor semester 6 kita. team yang cukup kuat dan cukup gagah dengan uniform mereka. nasib baik menang..hohohoh


Nampak begitu bersemangat pasukan lawan hanya utk berebut sebiji bola



Inilah muka2 penyokong yang tetap bersemangat walaupun panas terik. siap bawa payung lagi. muka peyokong pun dah burn macam pemain.