“Coretan ini adalah untuk tatapan semua yang melayari laman ini. Khas daripada seorang insan yang sedang mendalami ilmu pendidikan bimbingan dan kaunseling. Moga setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian dapat dikongsi oleh semua dan diri ini menerimanya secara terbuka terutama oleh insan yang bergelar atau bakal menjadi seorang guru ataupun kaunselor, bersama meluahkan, meneroka dan menjelajahi dunia pendidikan di samping membimbing dan membantu anak bangsa dalam memartabatkan maruah dan semangat diri…demi menunaikan satu amanah, satu janji, dan satu tanggungjawab yang akan dituntut kemudian hari”

Tetamu ke

Thursday, January 22, 2009

Nafas yang Terakhir



Apa yang diingini oleh setiap insan tisak sama seperti mana yang orang lain inginkan, but sometime we can got what we want. Oleh itu, bersyukur dan hargai
lah apa yang ada di depan mata coz jika ia pergi atau hilang dari pandangan…tidak mungkin atau mustahil untuk berpatah balik atau kembali semula untuk kali kedua. Catatan ini ditujukan khas untuk mereka yang masih mempunyai insan yang di sayangi yang mampu memberi kebahagiaan dan pengharapan yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Hal ini kerana, kadang-kadang kita tidak sedar insan tersebut sentiasa berdoa dan memberi sepenuh kasih sayang kepada kita walaupun ia tidak mempamernya. Apatah lagi, untuk kita bersalam, inikan pula mengucupnya, walaupun anda anggap itu tidak mustahil tapi itulah hakikatnya.

Tahukah anda sebenarnya setiap kebaikan dan kejayaan yang anda lakukan dan perolehi, merupakan hadiah yang terlalu istimewa untuknya walaupun kadang kala kita mengabaikan kewujudannya berbanding insan yang satu lagi (ibu) sehingga boleh menimbulkan perasaan cemburu dihatinya…tapi percayalah sesungguhnya doa seorang ayahlah yang lebih dimakbulkan apabila ia mendoakan kejayaan anak-anaknya. Oleh itu, hargailah jasa dan pengorbanannya yang tidak ternilai sebelum ia menghembuskan Nafas yang Terakhir…pada waktu itu tiada gunanya lagi penyesalan kerana hanya doa yang mampu kita utuskan agar ia berada dalam kalangan orang-orang yang beriman.


0 comments: