“Coretan ini adalah untuk tatapan semua yang melayari laman ini. Khas daripada seorang insan yang sedang mendalami ilmu pendidikan bimbingan dan kaunseling. Moga setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian dapat dikongsi oleh semua dan diri ini menerimanya secara terbuka terutama oleh insan yang bergelar atau bakal menjadi seorang guru ataupun kaunselor, bersama meluahkan, meneroka dan menjelajahi dunia pendidikan di samping membimbing dan membantu anak bangsa dalam memartabatkan maruah dan semangat diri…demi menunaikan satu amanah, satu janji, dan satu tanggungjawab yang akan dituntut kemudian hari”

Tetamu ke

Friday, January 23, 2009

7 Tanda Anda akan Gagal di Universiti


‘ tidak bawa payung, salahkan hujan’. Ini adalah ditujukan kepada pelajar yang suka menuding jari untuk menyalahkan orang lain di atas kesilapan dan kelemahan diri sendiri.
cuba kita lihat ‘anda adalah orang yang sangat malang jika…

1. Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana?
berada di tengah jalan anda.
2. Anda terlewat bangun pagi dan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen
kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam.
3. Anda dirotan kerana merokok di sekolah lalu anda menyalahkan pekedai runcit di tempat
anda kerana menjual rokok tersebut kepada anda….
4. Anda gagal dalam peperiksaan Matematik lalu anda mengamuk pada kawan anda kerana
tidak membenarkan anda meniru beliau.
5. Anda menconteng dinding-dinding atau tempat awam kerana anda rasa tidak ada orang mahu
mendengar apa yang anda hendak katakan.
6. Anda tidak mahu belajar subjek Sejarah dengan bersungguh-sungguh kerana anda rasa cikgu
Sejarah anda suka pilih kasih.
7. Anda kalah dalam perlawanan badminton lalu anda salahkan syarikat pembuat raket
badminton anda kerana produk tidak berkualiti.

Mungkin situasi yang saya bayangkan kelihatan agak ekstrem dan keterlaluan. Anda tidak mungkin mempunyai ciri-ciri begitu bukan? Namun pernahkah anda ada rasa anda dapat gred yang tidak baik kerana pensyarah anda membosankan, tidak pandai menarik perhatian dan tidak pandai menerangkan sesuatu dengan jelas? Pernahkah anda merungut atau terfikir, “pensyarah aku ni tak pernah belajar teknik presentation ke?” Akibat rungutan ini, anda mula tidak berminat apa yang pensyarah anda ajarkan. Apa kata kita lihat situasi sebenar di universiti pula.

> Anda pilih untuk duduk kerusi paling belakang dewan kuliah dan kemudian merungut suara
pensyarah terlalu perlahan.

>Anda tidak membaca bahan bacaan asas untuk kuliah dan kemudian merungut pensyarah
mengajar terlalu laju.

> Anda lewat 15 minit ke kuliah dan merungut apa yang diajarkan terlalu sukar difahami.

> Anda tidak pernah berjumpa pensyarah untuk bertanya apa yang diharapkan dalam
assignment yang diberi. Apabila mendapat keputusan yang tidak memuaskan, anda kata
pensyarah ini kedekut markah dan pilih kasih.

> Anda tidak membuat persiapan rapi untuk presentation lalu gugup dan terlalu gementar
semasa sesi presentation. Anda salahkan pensyarah kerana mewajibkan presentation.

> Apa kata hari ini anda fikirkan sejenak semua rungutan dan keluhan yang pernah diluahkan
atau terlintas di hati anda. Fikirkan juga jika ini adalah tanda bahawa anda akan gagal di
Universiti.

0 comments: