“Coretan ini adalah untuk tatapan semua yang melayari laman ini. Khas daripada seorang insan yang sedang mendalami ilmu pendidikan bimbingan dan kaunseling. Moga setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian dapat dikongsi oleh semua dan diri ini menerimanya secara terbuka terutama oleh insan yang bergelar atau bakal menjadi seorang guru ataupun kaunselor, bersama meluahkan, meneroka dan menjelajahi dunia pendidikan di samping membimbing dan membantu anak bangsa dalam memartabatkan maruah dan semangat diri…demi menunaikan satu amanah, satu janji, dan satu tanggungjawab yang akan dituntut kemudian hari”

Tetamu ke

Thursday, January 22, 2009

Dunia Remaja

Semendung awan,
Rintikan-rintikan hujan berjatuhan,
Hatiku mendayu-dayu,Fikiranku bercelaru,
Mengapa hingga detik ini diri ku masih di sini?
Masih bersama-sama mereka yang berhempas-pulas dengan pelajaran.
Tetapi aku?
Masih berkhayal di alam fantasi,
Masih gagal mencapai gugusan bintang di awangan,
Masih melayan nafsu yang bukan-bukan,
Leka dengan cinta di alam remaja,
Leka dengan kiriman surat-surat bunganya.
Membaca,
Tetapi fikiranku jauh melayang.
Melayang tentang si dia.
Aku masih mampu tersenyum,
walau rekodku merah-merah belaka.
Masih gembira hatiku walau dimarahi guruku.
Melayang fikiranku hanya pada si dia,
Berbunga-bunga hatiku,
Kerana ada si dia menunggu “sms” ku.
Dia meracuni fikiranku,
Hingga aku tidak mampu mencapai tahap kewarasan akalku,
Mengapa aku tidak boleh berubah?
Seperti ada tarikan magnet utara dan selatan.
Yang tidak mampu memisahkan ku.

Aku terkedu sendirian.
Hanya waktu mampu mengubahku.

0 comments: